Superbike datang lagi !!! Pada 28 Februari sehingga 3 Mac telah berlansung pameran motor yang berkuasa tinggi di Dataran Dato' Sheikh Ahmad,Kangar,Perlis baru-baru ini..Saya tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan pameran tersebut..Pelbagai kelab yang mewakili seluruh negeri datang untuk menjayakan program amal tersebut..Tujuan program diadakan adalah untuk mendedahkan kepada pengunjung mengenai kelebihan dan keburukkan "superbike" kepada pengunjung supaya keselamatan harus diutamakan semasa kita menunggang motor tersebut..Namun dalam kegembiraan menyambut Perlis Bikers Fiest 2014,satu berita sedih telah diterima mengenai salah seorang daripada penganjur yang menganjurkan program tersebut telah terlibat dalam satu kemalangan dan beliau telah mendapati meninggal ditempat kejadian akibat mengalami kecederaan yang serius selepas mangsa berlanggar dengan kereta Perodua Kembara semasa membuat pusingan "U"..Salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dan semoga rohnya dicucuri rahmat di sisi Allah SWT..















































No comments:
Post a Comment